Tuesday, April 24, 2012

Garlic Oil HPA

Khasiat dan Kelebihan:
  • sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.
  • menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
  • membantu menghambat proses penuaan.
  • bawang putih yang diamal secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
  • bawang putih dapat membantu meredakan stress dan kemurungan.
  • bawang putih mengandung vitamin A, B, C, kalsium, potasium.
  • bawang putih mengandungi  antioksidan, karoten dan selenium.
  • Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
  • Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32
Nilai Mata (NM): 10

Kapsul Radix

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan.
Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapimasalah lelaki. Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.
Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal.
Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.
Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit tertentu sekiranya disinergikan bersama Pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis
Dos :2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 10

Monday, April 23, 2012

Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo

P MEKAH. TAPI SUNTIK VAKSIN DI FATWA 'HARUS" KERANA DARURAT - NASIBLAH BADAN.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-meningitis-menveo (((HAMPIR HALAL...)))


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa proses penghasilan Vaksin Menveo keluaran Syarikat Novartis Vaccines adalah sama sepertimana penghasilan Vaksin Mencevax keluaran Syarikat Glaxo Smith Kline (GSK).

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pada dasarnya hukum penggunaan vaksin Menveo adalah harus atas dasar dharurah sama seperti vaksin Mencevax yang telah diputuskan pada Muzakarah kali ke-53 bertarikh 27 November 2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-mana vaksin meningococcal meningitis yang dihasilkan 100% halal dan suci daripada awal hingga akhir proses penghasilannya.

Walaubagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah berpandangan di antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada vaksin Mencevex yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari segi keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin Menveo masih baru di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang masih berterusan.

Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar diberikan kepada vaksin Menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar dharurah dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Bil Tajuk Bil. JKF Tarikh Keputusan
1 Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam Muzakarah Kali Ke-53 27 Nov, 2002
Tags: 2011/94/2 Muzakarah Perubatan 

HABBATUS SAUDA SOFTGEL


  • HABBATUS SAUDA ATAUPUN JINTAN HITAM TELAH DIAKUI KHASIAT DAN MANFAATNYA SEJAK 3000 TAHUN DAHULU. SEHINGGA RASULULLAH S.A.W. JUGA ADA MENYATAKAN DI DALAM HADISNYA BAHAWA DI DALAM HABBATUS SAUDA TERKANDUNG PENAWAR KEPADA SEGALA PENYAKIT KECUALI MAUT.
  • HABBATUS SAUDA SEMEMANGNYA KAYA DENGAN ASID-ASID LEMAK UTAMA, MINERAL DAN VITAMIN. IA MENGANDUNGI HAMPIR 100 KOMPONEN AKTIF YANG MEMBANTU.
KANDUNGAN AKTIF
  • MONOSAKARIDA DI DALAM GLUKOSA, RHAMNOSA, XYLOSA DAN ARABINOSA.
  • POLISAKARIDA TANPA KANJI.
  • KAYA DENGAN ASID LEMAK KHUSUSNYA YANG TIDAK TEPU.
  • MENGANDUNGI 15 ASID AMINO.
  • ARGININE YANG SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN BAYI.
  • KAROTENA YANG DITUKARKAN OLEH HATI MENJADI VITAMIN A.
  • SUMBER KALSIUM, ZAT BESI, SODIUM DAN POTASSIUM.
  • SUMBER PROTEIN, KARBOHIDRAT, VITAMIN A, B1, B2, C DAN NIASIN.
KELEBIHAN DAN KHASIAT
  • MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN.
  • MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA DAN MIGRAIN.
  • ANTI HISTAMINE.
  • ANTI TUMOR.
  • ANTI BAKTERIA.
  • ANTI PEMANASAN DALAM PERUT.
  • MENINGKATKAN PARAS SUSU BAGI IBU.
SARANAN PENGAMBILAN
  • DEWASA : 2 SOFTGEL SELEPAS MAKAN @ SEPERTI YANG DI SARANKAN OLEH HERBALIS/DOKTOR.
  • KANAK-KANAK : 1 SOFTGEL SELEPAS MAKAN @ SEPERTI YANG DISARANKAN OLEH HERBALIS/DOKTOR.
* SETIAP SOFTGEL MENGANDUNGI 500mg MINYAK HABBATUS SAUDA. SOFTGEL YANG DIGUNAKAN BERASASKAN        GELATIN YANG TELAH DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM.
* KANDUNGAN LAIN : GELATIN BOVINE, GLYCERIN DAN AIR SULING.
HABBATUS SAUDA SOFTGEL

Sunday, April 22, 2012

SET BERSALIN HPA


SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).

Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).

Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).

Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).

Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.

Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).

Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.

Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga :

Semenanjung : RM 90

Sabah/Sarawak : RM 100

MADU ASLI DAN KELEBIHAN NYA



1.Madu dapat membersihkan kotoran yang terdapat pada usus pembuluh darah dan yang lainnya.
2.Madu dapat menetralisir kelembaban tubuh.Baik dengan cara di konsumsi atau di oleskan.
3.Madu bermanfaat bagi lanjut usia dan mereka yang memiliki keluhan pada dahak atau yang metabolismenya cenderung lembab dan dingin.
4.Madu amat bergizi,melembutkan system alami tubuh.
5.Mengawetkan pasta atau makanan yang di rendam dengan pasta.
6.Menghilangkan rasa obat yang tidak enak.
7.Membersihkan lever dan menjaga kesehatan lever
8.Memperlancar buang air kecil
9.Cocok untuk mengobati batuk berdahak
10.Bila di minum dalam keadaan panas di campur dengan air tawar bias berguna mengusir serangga dan pengaruh opium
11.Klu di minum begitu saja di campur dengan air putih bias berguna mengobati sakit akibat gigitan anjing gila (rabies) atau akibat keracunan jamur.
12.Kalau sebongkah daging segar di masukkan kedalamnya akan bias terawetkan selama 3 bulan.
13.Buah labu mentimun,labu,dan terong di rendam dalam madu juga bias terawetkan dalam waktu yang sama.
14.Bahkan buah-buahan yang di rendam dalam madu bias bertahan hingga enam bulan.
15.Madu juga bias di gunakan sebagai pembalseman mayat,sehingga bias disebut pembalseman yang aman.
16.Bila di oleskan ke tubuh dan rambut yang berkutu akan bias membunuh kutu dan menghilangkan ketombe.
17.Madu juga bisa memanjangkan rambut,memperindah dan melembutkannya.
18.Kalau di gunakan sebagai celak,akan mempertajam pandangan mata.
19.Kalau di gunakan untuk bersikat gigi bisa memutihkan dan mengkilatkan gigi.
20.Bisa menjaga kesehatan gigi dan menyehatkan gigi.
21.Madu juga berfungsi membuka simbul-simbul pembuluh darah dan membersihkan kotorannya.
22.Baik untuk ginjal dan kandung kemih.
23.Madu TIDAK BERBAHAYA bagi penderita kelainan lever dan limpa.seperti zat-zat gula pada umumnya.
24.Untuk MENGHILANGKAN bahayanya sama sekali bisa di campur dengan CUKA BUAH dan sejenisnya,bahkan bisa berubah menjadi obat yang banyak manfaatnya.

Hikmahnya:Begitu banyak manfaat dan fadillah dari MADU yang telah di ciptakan oleh ALLAH .Nabi SAW bersabda:”Obati penyakit kalian dengan mengucap BismillahRR kemudian terapilah dengan MADU,HABATUS SAUDA,ZAITUN.”Dan yakinlah bahwa ALLAH lah yang menyembuhkan segala penyakit.

Nabi biasa meminum madu di campur dengan air,untuk membersihkan air liur.Namun kebiasaan itu menyimpan sebuah rahasia menakjubkan untuk menjaga kesehatan.Kiat-kiat itu hanya di pahami oleh orang-orang yang cerdas saja.
Dalam Sunan Ibnu Majah,terdapat riwayat marfu’ dari Abu Hurairah:

“Barangsiapa meminum tiga sendok madu dalam tiga pagi saja setiap bulan,niscaya ia tidak akan terkena penyakit berat.

Dalam riwayat lain di sebutkan:
“Hendaklah kalian menggunakan 2 macam obat:Madu dan Al Quran” dari shahih Bukhari dan Muslim.

Kedokteran ala nabi memang berbeda dengan ilmu medis para dokter pada umumnya.Kedokteran Nabi bersifat pasti dan absolute serta bernilai kedokteran Ilahi,berasal dari wahyu dari lentera keNabian serta kesempurnaan intelegensi.Sementara dokter yang lain kebanyakan bersifat diagnosis,perkiraan,dan eksperimen belaka.Memang banyak sekali orang yang tidak mampu memanfaatkan kedokteran ala Nabi ini.Penyebabnya adalah bahwa kedokteran ala Nabi hanya bisa di manfaatkan bila di sertai keyakinan dan sugesti terhadap kesembuhan serta mengoptimalkan penggunaannya dengan iman dan kepasrahan.

Thursday, April 19, 2012

Pengalaman Mengunakan Produk HPA

Bermula : Seminggu saya nak bersalin... Kak As bawakan MINYAK ZAITUN HPA untuk saya sebab dia cakap minyak ni boleh juga dijadikan minyak selusuh untuk mudah bersalin... Selawat 3 kali dan niat untuk mudah bersalin... minum pagi dua penutup dan petang dua penutup ... =p tapi saya hanya minum satu penutup je... dah tak leh nak telan minyak tu... geli tekak=p Saya terus menggunakan minyak zaitun ni sampai kehari ni... saya tambah dalam nasi Khalis setiap kali masak... sebab apa... melawaskan pembuangan air besar baby...

Dalam pantang saya guna 2 set bersalin tau... sebab apa... mula2 saya beli set bersalin Sendayu tinggi.. tapi disebabkan Khalis ada Jaundis... saya tak boleh nak teruskan makan semua pil2 sendayu tinggi tu... Kak As suggest saya guna SET BERSALIN HPA.. dia cakap baby dia kuning tak sampai 2 minggu... tapi masa tu saya dah terlambat mula makan set bersalin HPA... jadi kuning khalis lambat hilang... tapi Alhamdulillah... kuningnya tak kuat sangat... tapi untuk mengelakkan Jaundis ni... yang penting si ibu kena jaga pemakanan kita masa pregnant. saya ni kes tak jaga makan la...=p makan je semua benda...ades...

Untuk menambahkan penghasilan susu, masa dalam pantang saya makan pil HABBATUS SAUDA HPA dan juga saya minum KOPI RADIX, ha... dengar kopi tak baguskan... tapi kopi radix ni lain.. saya minum masa dalam pantang... badan rasa segar dan cergas sangat... air susu pun banyak... Kak As pernah cakap kalau minum KOPI RADIX air susu akan banyak dan tulang bayi cepat keras... Khalis masa umurnya 2 bulan, kepala dia dah boleh tegak... tak de terliuk2... Alhamdulillah...

dari segi penjagaan bayi... masa Khalis baru lahir.. memang A to Z adalah produk HPA... saya guna SABUN BAYI HPA untuk mandikan Khalis sebab tak de bahan kimia... jadi Insyaallah selamat untuk bayi... lagi pun masa Khalis bayi... saya tak sabunkan sangat badan dia... saya just bilas2 dalam air... ya la.. baby... mana ada kotor sangat... suci lagi bersih... Bedak bayi pun saya guna BEDAK BAYI HPA (ada dua warna... biru dan pink... kalau baby boy.... kena pakai biru la... sebab baunya lain2... tapi memang wangi.. my hubby pun asyik paw bedak Khalis je...=p)

Minyak bayi pula saya guna MINYAK BAYI HPA, saya sapu pada perut, belakang, punggung, kaki dan betis Khalis... kekadang kalau saya nak urut khalis pun pakai minyak ni juga... Alhamdulillah... Khalis tak pernah kembung... memang serasi la minyak bayi ni dengan Khalis... dan sekarang yang terbaru, saya baru tahu daripada Mommy Afrina yang MINYAK BAYI HPA boleh mengurangkan kahak bayi, saya sapu pada dada dan belakang Khalis...Alhamdulillah bila saya cuba untuk Khalis yang mengalami nafas berbunyi selama seminggu... sembuh... tu la orang katakan... kekadang benda depan mata pun kita tak nampak...

Berbalik pada MINYAK BAYI HPA, khalis juga tak pernah kena ruam lampin... sebab saya pakaikan minyak bayi ni setiap kali tukar lampin... saya ada beli Nappy Cream tapi bila baca balik ingredientnya... rasa macam tak yakin nak guna... sebab banyak sangat tulis bahan2 kimia yang ada dalamnya... jadi semua tu dah jadi stok kepam kat dalam laci...=p

Whitey Note: ok! dah penat dah menaip... rasa macam panjang sangat... terima kasih kepada yang sudi membaca ya... Kita cuma Ikhtiar... tetapi Allah yang maha Penyembuh... Semoga anak Ibu, Muhammad Khalis Putra sentiasa sihat dan ceria... Amin...=)

Read more: http://www.whiteymommy.com/2010/07/pengalaman-saya-dengan-hpa.html#ixzz1sXUIsvSS

Wednesday, April 18, 2012

RADIX DIET, KOPI TANPA GULA


Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.
Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli.

Harga pengedar RM 16.00 ( 5NM)
Harga pengguna RM 20.00 

Kopi RADIX memiliki kandungan 7 Herba yang memberikan manfaat Sinergis, yaitu :
Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) mengandung bahan aktif B-Sitosterol yang berfungsi merangsang pengeluaran hormon Endrogen N-Nonacosane. Hormon ini merangsang syarafNEOCLOVENE yang dapat membangkitkan semangat serta meredakan keletihan.
Khasiat Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia) :
  • Blood circulation tonic (Tonic & Peredaran Darah)
  • Ramuan sehabis bersalin
  • Afrodisiak (rangsangan seks)
  • Detoxifikasi (Membuang racun dalam tubuh)
  • Anti Hipertensi (Menurunkan darah tinggi)
  • Antipiretik (Menurunkan panas dalam badan)
  • Mengatasi diare
  • Antidot (anti racun)Demam kuning (Masalah hati)
  • Sakit tulang (Arthritis)
  • Gatal badan (Keracunan)
  • Batuk kering
  • Kencing manis
  • Maag
  • Keputihan
  • Gusi berdarah
  • Penyakit kelamin
  • Antiseptik untuk luka dalam
  • Menghilangkan ketagihan merokok.
Teja Lawang (Cinnamomuminers) mengatasi demam, menambah tenaga, herba sehabis bersalin, asma, batuk.
Tebu Gajah (Albizzia myriophylla) Penetral kafein, penawar demam, antidot (penawar racun), mengobati sakit telinga, membuang angin dalam badan, obat tenaga batin.
Mata Pelanduk (Ardisia crispa), Merawat otot, merawat sakit dada, diare, sakit tenggorokan, keracunan, pembengkakan testis, demam, batuk, asam urat.
Mengkudu Hutan (Moronda eliptica), Merawat sakit kepala, pelawas, wasir, jantung, darah tinggi, tidur yang berkualitas, menghaluskan kulit. Herba ini mengandung bahan aktif Morindin & Xeronin yang memberikan kesan positif pada sel sehingga menimbulkan rasa ceria.
Halban (Vitex pubescen), ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan, batuk.
Larak Hutan (Polyalthia hypoleuca), obat selepas bersalin, Buang angin, Tonik
Saat ini tengah dalam persiapan produksi, mohon kesabarannya

Artikel Berkaitan:
Kopi diet rasanya agak pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kadar gula tinggi dalam darah, gout , tekanan darah tidak normal, gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.
Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah lelaki. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula biasa (gula putih) kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.
Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.
Sumber: Blog JawiHerbShop.blogspot.com

Minyak ZAITUN


Minyak ZAITUN.....Banyak orang melakukannya untuk membantu menurunkan kolesterol, mencegah risiko penyakit jantung, dan menjaga kesehatan kulit. 

Berbagai rahasia alam bisa membantu menjaga kecantikan kulit. Salah satunya minyak zaitun yang mengandung asam lemak baik dan antioksidan yang tinggi. 

Minyak zaitun, yang berasal dari negara Mediterania, memang memiliki banyak manfaat. Di pasaran terdapat berbagai jenis minyak zaitun botolan yang umum digunakan untuk memasak seperti extra virgin, virgin, pure, dan extra light. Minyak zaitun extra virgin dianggap memiliki manfaat paling baik karena merupakan hasil dari pemerasan yang pertama sehingga hasilnya lebih murni.

Wajah
Untuk membuat wajah lebih lembut dan cerah, minyak zaitun dapat digunakan sebagai masker. Usapkan minyak zaitun pada wajah. Hati-hati jangan sampai mengenai bagian mata. Diamkan 10 menit lalu cuci dengan air bersih. Ritual ini dipercaya sebagai masker alami anti penuaan kulit. Sophia Loren, merupakan salah satu bintang Hollywood yang melakukan kebiasaan ini. Terbukti di usianya yang senja, kulitnya masih terlihat menawan.

Tangan dan kuku
Julia Roberts mengungkapkan rahasia tangan indahnya. Dia kerap mencampurkan satu sendok makan minyak zaitun dengan air hangat untuk merendam tangannya 1 minggu sekali. Bintang “Pretty Woman” tersebut percaya, kebiasaan ini membuat kulit tangan dan sekitar kukunya lembut.

Kaki
Kaki pecah-pecah atau kasar bisa diatasi dengan perawatan minyak zaitun. Oleskan minyak zaitun ke telapak kaki dan sekitar pergelangan kaki. Bungkus dengan kaus kaki dan kenakan selama tidur pada malam hari. Pagi harinya, efek minyak zaitun pada kulit sudah mulai terasa. Terapi ini juga bisa dilakukan pada tangan. Lakukan secara rutin selama satu bulan dan lihat hasilnya.

Tubuh
Mencampur minyak zaitun dengan garam kasar juga bisa dilakukan untuk menciptakan scrub alami. Selain membantu pengelupasan sel-sel mati, pemakaian minyak zaitun pada tubuh bisa membuat kulit lebih cerah. Gwyneth Paltrow merupakan salah satu bintang yang menjaga kesehatan kulit dengan cara ini.

Rambut
Meneteskan minyak zaitun usai keramas juga bisa membuat rambut sehat dan cerah. Teteskan minyak zaitun secukupnya usai keramas. Bungkus rambut dengan handuk selama 20 menit. Setelah itu cuci bersih. Perlu diingat, metode ini hanya cocok bagi yang memiliki rambut kering.

Meminum minyak zaitun
Scott-Vincent Borba penasihat kesehatan kulit selebritas Hollywood mengungkapkan rahasia kulit indah kliennya. Borba sering menangani terapi kulit selebritas menjelang tampil di karpet merah. Salah satu hal yang selalu diminta Borba seminggu sebelum tampil di karpet merah adalah, meminum satu sendok makan minyak zaitun setiap hari.

Meminum minyak zaitun satu sendok makan pada pagi hari sebelum mengkonsumsi makanan lainnya memang bukan ritual yang aneh. Banyak orang melakukannya untuk membantu menurunkan kolesterol, mencegah risiko penyakit jantung, dan menjaga kesehatan kulit.

Jennifer Lopez tak pernah lupa mencampur saladnya dengan minyak zaitun. Ia percaya kebiasaan tersebut bisa membantunya melawan selulit tubuh.

Rahasia suara indah Selena Gomez ternyata juga berasal dari minyak zaitun. Ia meminum satu sendok minyak zaitun sebelum tampil agar aksinya lebih sempurna.

Tapi perlu diingat, manfaat minyak zaitun tentu tidak sama bagi semua orang. Untuk yang memiliki wajah sangat berminyak dan rentan jerawat sebaiknya hindari pemakaian minyak zaitun secara langsung pada kulit. Tambahan minyak pada kulit yang sudah berminyak bisa jadi malah membawa bencana, bukan manfaat.

Untuk hasil yang terbaik, selalu simpan minyak zaitun dalam suhu kamar dan ruangan yang gelap. Panas, cahaya, dan udara bisa mempengaruhi kandungan alami bermanfaat di dalam minyak zaitun. Setelah dibuka dan berkontak dengan udara, khasiat minyak zaitun bisa semakin berkurang. Sebaiknya gunakan dalam waktu 6-12 bulan setelah dibuka.
Semoga bermanfaat untuk Sahabat

Team Perawat Perubatan Jawi Kuala Berang

Antara Perawat aktif :
1. Ahmad Aminudin (019 986 9461 )
2. Azhar


Penyakit Tibi


Soalan : isteri saya skrg ni dr sahkan kena jangkitan tibi, dan ada nanah blkg kpala ksan dr virus tibi.
Jawapan : Herba HPA yang disarankan Shak dan Pelawas


Produk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kronik.
Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.
Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM 78
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 56
Sabah & Sarawak: RM 64
Nilai Mata (NM): 10
Artikel Berkaitan Shark Cartilage Tulisan Tn Haji Ismail,  Pengarah Urusan HPA

Ada satu lagi kegunaan shark cartilage dalam perubatan Jawi ialah sebagai penawar keracunan terutamanya bila berlaku keracunan sesuatu makanan. Keracunan makanan akan menyebabkan cirit birit dan muntah yang kadangkala mengeluarkan darah yang banyak.
Kaedah rawatanya ialah dengan membuka 2 kapsul shark dan dibancuhkan kedalam air suam dan kemudian meminumnya. Kaedah ini sering digunakan oleh masyarakat dahulu apabila berlaku keracunan makanan seperti tembikai dengan coca cola,mabuk tapai,kopi dengan durian dan lain lain lagi. Ambil 3 kali sehari hingga sembuh. InsyaAllah.

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul).
Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.


Herba Pelawas

Ada satu lagi kegunaan shark cartilage dalam perubatan Jawi ialah sebagai penawar keracunan terutamanya bila berlaku keracunan sesuatu makanan. Keracunan makanan akan menyebabkan cirit birit dan muntah yang kadangkala mengeluarkan darah yang banyak.
Kaedah rawatanya ialah dengan membuka 2 kapsul shark dan dibancuhkan kedalam air suam dan kemudian meminumnya. Kaedah ini sering digunakan oleh masyarakat dahulu apabila berlaku keracunan makanan seperti tembikai dengan coca cola,mabuk tapai,kopi dengan durian dan lain lain lagi. Ambil 3 kali sehari hingga sembuh. InsyaAllah.

Shark cartilage plus adalah herba ubatan yang sangat baik untuk sakit-sakit sendi atau sakit seluruh badan. Jika terasa bisa-bisa badan ,makan 3 kapsul sebelum tidur dan pada waktu pagi pula ambil grapeseed (3 kapsul) dan minyak zaitun softgel (3 kapsul).
Kaedah pengubatan ini digunakan apabila pengambilan ardisia atau perubatan lain tidak berkesan. Badan akan terasa ringan dan sakit sakit seluruh badan akan hilang. InsyaAllah.
v


Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit kronik dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Sehubungan dengan itu, Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 26
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Nilai Mata (NM): 10

DARAH TINGGI : HPA ADA CARANYA


Di sini HPA menawarkan satu alternatif pengubatan herba selari dengan slogan ‘Back to nature’ yang telah menular di seluruh dunia. Alhamdulillah, HPA telah menerokai bidang perubatan herba ini sejak 20 tahun yang lalu dan dalam tempoh masa tersebut banyak pengalaman yang telah dipelajari secara praktikal.


KEMBALI KEPADA ALAMIAH
Negara memiliki kekayaan hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan tumbuhan ubatan. Ubatan herba telah diamalkan sepenuhnya sebelum kedatangan ubatan moden di pasaran. Keupayaan ubatan herba juga tidak boleh diperkecilkan apabila kajian-kajian ke atas tongkat ali dan pegaga yang dibuat di universiti-universiti tempatan membuktikan tanggapan pengamal herba masa dahulu memang benar berlaku. Adalah tidak logik hanya dengan 2 jenis herba ini sahaja yang boleh dijadikan ubatan yang berkesan.
HERBA-HERBA TEMPATAN
Terdapat beberapa jenis herba yang digunakan oleh masyarakat hari ini sebagai ubatan darah tinggi iaitu:-
  • Hempedu bumi (Andrographis paniculata)
  • Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
  • Mengkudu (Morinda citrifolia)
  • Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
  • Dukung anak (Phyllanthus niruri)
  • Sireh (Piper betle L.
  • Daun senduk (Plantago major)
  • Lidah buaya (Aloe vera linn.
Ada beberapa jenis herba yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah tinggi yang cepat. Pengambilannya mestilah dalam kuantiti yang sangat sedikit dan perlu kepada sinergi yang tepat;
  • Daun atau akar cermai
  • Daun pokok melaka
Ada juga herba yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada tekanan darah terutamnya pada mereka yang sudah mengalami darah tinggi seperti:
  • Daun cekor manis
  • Rebung
  • Ubi kayu
  • Buah sukun
  • Nangka
  • Buah kuinin
  • Tembikai,
  • Mangga
Dalam ubi kayu terdapat satu bahan bernama Sianida yang boleh mempengaruhi fungsi kelenjar ‘thyroid’. Hipotiroid dan Hipertiroid juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Orang yang ada masalah ‘thyroid’ dan darah tinggi akan menunjukkan peningkatan tekanan darah apabila mengambil ubi kayu atau daun ubi kayu. Rawatan untuk masalah ini dengan menggunakan ‘Aloe vera’ yang mana bahan yang terdapat di dalamnya dikenali sebagai polisakarida.
HERBA PAHIT
Dalam masyarakat Melayu, herba-herba pahit sering digunakan secara sinergi dengan pelbagai jenis herba lain bagi mengimbangi kekuatan sesuatu herba dan mengelakkan kesan sampingan.
Pengambilan herba pahit secara tunggal akan menyebabkan:
  • pengeringan cairan di sendi-sendi 
  • lemah tenaga lelaki ‘impotensi’

HERBA DIURETIK
Herba-herba ‘monocot’ iaitu urat daun yang selari, akar berambut dan mempunyai ruas pada batang mempunyai kesan diuretik iaitu memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Herba-herba diuretik juga bersifat anti-hipertensi (menurunkan tekanan darah tinggi) dan anti-piretik (menurunkan panas badan). Akar atau bulu jagung, daun pandan, air kelapa, akar buluh, lalang, barli dan air beras juga boleh digunakan bagi membantu penurunan darah tinggi.
MALAC adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberikan kesan diuretik. Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan turut turun. Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. 
MASALAH TIDUR
Kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (deep sleeping) juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Hormon yang mempengaruhi tidur (hormon melatonin), ia dirembeskan pada awal malam oleh kelenjar ‘pineal gland’. Pada 2/3 malam yang akhir, hormon ini mula berkurangan dan jika seseorang membiasakan tidur lewat ia mungkin mudah terkena serangan darah tinggi.
Elakkan daripada mengambil minuman yang menyebabkan sukar tidur pada waktu malam seperti kopi biasa, alkohol. Kesukaran tidur menandakan keadaan suhu badan yang tinggi dan akan menyebabkan berlakunya ‘imbalance hormone’ di dalam tubuh. Penyumbang utamanya ialah akibat pengamalan sesuatu jenis ubatan kimia.
Keadaan tidur yang sering terganggu dikenali dengan ‘sleep apnea’ di mana nafas terhenti sepuluh detik diikuti dengan terkejut dan batuk. Sleep Apnea mungkin berpunca daripada tekanan emosi, kelebihan tidur dan kemurungan.
MASALAH SEMBELIT
Pastikan pesakit darah tinggi tidak menghadapi masalah sembelit kerana kesumbatan usus besar akan menambahkan tekanan pada jantung yang mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi berterusan. Pelbagai herba ‘laxative’ atau pelawas boleh digunakan tetapi yang terbaik diambil adalah dari jenis buah.
BUAH MENGKUDU
Dalam doktrin herba, buah digunakan paling baik untuk bahagian kepala iaitu sistem hormon dalam tubuh dan sistem pencernaan. Buah mengkudu mempunyai keupayaan untuk merangsang pengeluaran hormon melatonin yang dapat memperbaiki tidur dan mengandungi enzim untuk pencernaan yang baik.
Sebaik-baik kapsul MENGKUDU dibuka dan dicampur dengan air mineral selama 30 minit sebelum diminum. Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul bersama segelas air mineral pagi dan juga malam. Elakkan dari tidur lewat dan amalkan untuk bangun mengerjakan tahajud bagi mendapatkan hormon sakinah.
AIR MINERAL HPA
Banyak air mineral yang berada di pasaran sangat kurang mineralnya terutama kalsium dan magnesium. Dua mineral ini penting untuk perawatan darah tinggi. Ujian lampu dapat membezakan kandungan mineral di dalam air mineral. Jangan rendam kapsul MENGKUDU dalam air panas kerana ia akan mematikan enzim buah tersebut.
KERACUNAN LOGAM BERAT
Masyarakat melayu menggunakan kaedah nyahtoksid logam berat dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan tanah liat. Chelation Therapy untuk singkir logam berat dari otak dan tubuh badan.
Penggunaan kaedah ‘drip’ langsung ke saluran darah pesakit mendatangkan kesan positif kepada pesakit darah tinggi. Produk D’DET yang dihasilkan daripada 28 jenis herba pahit termasuk spirulina, hempedu bumi, sireh dll mempunyai ciri ‘chelation therapy’. Dos yang dicadangkan seperti pada botol tetapi dos yang tepat bergantung kepada tindakbalas tubuh dan tahap tubuh pesakit
setelah didiagnos oleh herbalis. 

PIL PERANCANG
Banyak daripada jenis ubat perancang keluarga yang menjadi penyebab berlakunya darah tinggi. Merancang keluarga bukanlah sesuatu yang sihat dalam agama dan kesihatan tubuh badan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Terdapat beberapa kaedah dan herba yang dapat membantu ibi-ibu daripada menghadapi tempoh mengandung yang terdekat.
  • penyusuan penuh selama 2 tahun boleh melewatkan hamil.
  • mengelakkan bersama selama 1 minggu ketika tahap kesuburan tinggi iaitu 2 minggu bermula dari kedatangan haid.
  • mengurangi makanan yang panas seperti daging dan rempah.
Penyakit darah tinggi boleh berlaku sewaktu mengandung. Ini ada hubungkait dengan masalah kekurangan kalsium dan magnesium. Kalsium tidak boleh berfungsi tanpa magnesium dan vitamin D. Vitamin D boleh didapati dari sumber seperti daging dan organ dalaman haiwan. Ia boleh juga didapati melalui cahaya matahari.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan yang diawet menjadi penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. Makanan-makanan itu seperti ikan masin, telur masin, kicap, makanan yang mengandungi MSG, natrium benzoate, 'baking soda' dan lain-lain. 
RAWATAN BEKAM ALHIJAMAH
Titik bekam yang tepat dapat melepaskan tekanan darah yang sedang memuncak dengan cepat.
RUMUSAN
Dalam menangani masalah penyakit "Pembunuh Senyap" ini; tumpuan perawatan kepada punca masalah mestilah diutamakan seperti perawatan kepada darah, usus dan ginjal. Kebiasaannya darah orang menghidap penyakit darah tinggi adalah pekat berdasarkan pengalaman berbekam. Oleh sebab itu, kepekatan itu boleh dikurangkan dengan pengambilan O-mega-3. Masalah usus juga sering menyerang pesakit darah tinggi yang mengalami sembelit. Ianya di atasi dengan menggunakan Spirulina. Selain dari itu, herba-herba yang digunakan adalah seperti berikut Malac, D'Deu dan Vitex.

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri

Tahukah anda bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan baginda bagi memastikan baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar? Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cara bagaimana Nabi SAW menjaga kesihatan diri baginda. Ini bukanlah bermakna Nabi SAW tidak pernah sakit.. tetapi sebenarnya baginda hanya pernah sakit beberapa kali sahaja. Di bawah saya kongsikan beberapa cara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kesihatan diri baginda.

1. Selalu bangun sebelum Subuh
Cara yang pertama adalah Rasulullah selalu bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fadhu dan solat subuh secara berjemaah. Kelebihannya bukan sahaja kita boleh mendapat ganjaran pahala bahkan dapat juga menghirup udara subuh yang segar dan nyaman dan ianya juga baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Berapa ramaikah dikalangan kita pada hari ini yang selalu bangun sebelum Subuh? Mungkin ada.. tapi kebanyakannya bangun mungkin untuk menonton perlawanan bola sepak ataupun bangun sebab terasa hendak buang air kecil.. Dan bila dah menonton TV sampai ke pagi.. tentulah liat untuk bangun awal dan kadangkala subuh pun terlepas. Tak salah untuk menonton perlawanan bola sepak, tapi, jangan sampai kita tak boleh bangun semasa subuh nanti dan alang-alang dah bangun tu apa salahnya kita tunaikan solat-solat sunat ataupun bertahajjud. Semoga selepas ini, kita sama-sama cuba untuk bangun lebih awal supaya kita bukan sahaja mendapat pahala solat subuh berjemaah tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan kita.

2. Aktif menjaga kebersihan
Cara yang kedua adalah menjaga kebersihan. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada Iman". Rasulullah SAW adalah orang yang sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

Persekitaran yang tidak bersih boleh membawa pelbagai penyakit. Begitu juga jika kita tidak menjaga kebersihan diri, orang lain bukan sahaja tidak senang untuk bergaul dengan kita malahan penyakit juga akan mudah hinggap di tubuh kita. Sesungguhnya, apabila kita menjaga kebersihan, tidak kira kebersihan diri mahupun persekitaran, secara tidak langsung ianya akan membantu menyihatkan diri kita. 

3. Tidak pernah makan berlebihan
Cara yang ketiga Nabi menjaga kesihatan dirinya adalah dengan tidak makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) - (Muttafaq 'Alaih)". Atau dengan bahasa mudahnya, makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini kerana, apabila perut kita kekenyangan, kita mungkin akan menjadi malas untuk membuat kerja atau melakukan ibadat. Mata pulak semakin berat dan akhirnya kita tertidur dalam kekenyangan.

Oleh sebab itulah Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi sendiri selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki
Baginda juga menjaga kesihatan dengan gemar berjalan kaki. Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad mahupun apabila mengunjungi rumah para sahabat. Faedah daripada berjalan kaki adalah apabila kita berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit jantung.

Sebaliknya kita pada hari ini lebih gemar menaiki kenderaan daripada berjalan kaki. Bahkan nak menunaikan solat jumaat atau jemaah di masjid pun menaiki kenderaan walhal masjid tersebut letaknya beberapa meter sahaja dari rumah kita. Tahukah kita bahawa jika kita berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat jumaat pahalanya adalah bersamaan kita berpuasa dan Qiyamullail selama setahun.. Subhanallah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa mandi pada hari Jum’at, berangkat lebih awal (ke masjid), berjalan kaki dan tidak berkendaraan, mendekat kepada imam dan mendengarkan khutbahnya, dan tidak berbuat lagha (sia-sia), maka dari setiap langkah yang ditempuhnya dia akan mendapatkan pahala puasa dan qiyamulail setahun.” (HR. Abu Dawud no. 1077, al-Nasai no. 1364 Ahmad no. 15585. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Jami’, no. 6405)

5. Tidak pemarah
Cara yang seterusnya adalah Nabi SAW menasihatkan kita supaya tidak pemarah. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. dengan katanya; Berilah nasihat kepada saya, Baginda berkata: jangan kamu marah, lalu diulangi beberapa kali, baginda menjawab; jangan kamu marah”, Hadis riwayat al-Bukhari. Ini menujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad  tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

6. Optimis dan tidak putus asa
Cara yang ke enam adalah sentiasa optimis dan tidak putus asa. Sikap optimis dapat memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan bersabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.

7. Tidak pernah iri hati
Selain itu, Rasulullah juga mengajarkan kita supaya tidak iri hati. Apabila kita menjauhi sifat iri hati, ia akan dapat menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa. Apabila hati kita baik dan jiwa kita tenang maka kesihatan kita juga tidak akan terganggu. Kita juga boleh mengamalkan doa seperti berikut: "Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah".

8. Pemaaf
Dan cara yang terakhir sekali yang boleh dipraktikkan adalah bersikap pemaaf. Pemaaf akan memberi kesan kepada hati kita kerana sifat pemaaf akan dapat menteramkan hati dan jiwa kita daripada perasaan dendam dan benci serta membebaskan kita daripada dibelenggu perasaan marah. Akhirnya, dapatlah kita hidup dengan hati dan jiwa yang tenang di samping tubuh badan yang sihat.

Sesungguhnya, banyak lagi cara hidup sihat yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan dan ini adalah sebahagian daripadanya. Diharapkan, marilah kita sama-sama mencontohi dan meneladani segala amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah sebahagian daripada sunnah baginda. Dan orang yang mengamalkan sunnah baginda sudah pastinyalah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Wallahua'lam..

Kasiat Madu


Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
  • Asma
  • Haid
  • Resdung
  • Alahan
  • Jerawat
  • Rambut gugur
  • Barah
  • Letih
  • Sakit kepala
  • Buasir
  • Lendir kahak
  • Sakit pinggang
  • Batuk kering
  • Lemah jantung
  • Sakit sendi
  • Batuk
  • Mata
  • Sukar tidur
  • Darah Tinggi
  • Pening
  • Gastrik
  • Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
1. Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
2. Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
3. Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
4. Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
5. Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
6. Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
7. Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
8. Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
9. Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
“Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan”
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: ‘Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)’. Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Berilah dia minuman madu’. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: ‘Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.’ Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,’Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.’ Lalu Rasullullah s.a.w berkata:’Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.’ Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.